Tuesday 3 July 2018

Asal usulku

asal usulku
berikut adalah maklumat lisan berkaitan asal-usul keturunanku daripada! bapa saudaraku almarhum ahmad bin daud dan nenek ku wan mariam bt wan omar dan sanak saudara bapa ku mohd ali bin ibrahim yang dikarang pada 3 julai 2018
namaku marzihan bin siti rohani binti daud bin awang kechik bin awang sa’mah bin musa bin raja sulaiman. nasab daripada sebelah bapa adalah marzihan bin mohd ali bin ibrahim bin samsudin ,ibrahim asal kpg kesang tua jasin melaka. Sebelah nenek bapa marzihan bin mohd ali bin fatimah bt basa, nasab daripada nenek sebelah ibu adalah marzihan bin siti rohani bin wan mariam bt wan omar bin wan osman bin wan abdul samad bin wan mustafa. wan mustafa mempunyai adik beradik lain iaitu wan sena dan wan muna (demuna) dan berasal daripada Pattani. mereka berhijrah ke kelantan akibat bencana banjir.

datukku daud bin awang kecik (m. 1976) berasal daripada kubang palas, tendong, manakala isterinya, wan mariam binti wan omar (m. 1997) berasal daripada padang embun, iaitu daerah yang sama. datukku pernah berkahwin sebanyak lima kali dan wan mariam adalah isterinya yang terakhir. isteri-isterinya yang lain adalah kalsum (ibu kepada pak da kuantan), siti, maimunah dan seorang lagi yang tidak diketahui namanya. perkahwinan yang terakhir ini melahirkan lima orang anak iaitu mohd zin, ahmad, siti rohani, khuzaimah dan mohd asri. anak kedua khuzaimah dan keempat, md asri meninggal pada usia yang agak muda.

daud bin awang kecik pernah bertemu dan belajar dgn tok kenali, tok selehor, hj ali kutan, hj ahmad lundang paku dan pak da haji ahmad temangan. pengajian agama awalnya adalah daripada seorang guru bernama salleh. beliau juga belajar ilmu silat dan perbomohan daripada salleh dan pak chu merah.

Pendidikan aku

Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah kebangsaan pangkal nering daripada umur 7 hingga 12 tahun. selepas itu menuntut di Pondok Sungai Durian selama 2 tahun setengah di bawah mudirnya al Fadhil al Ustaz Hj. Abdul Rahman bin Sulaiman selama 40 hari. Dan seterusnya belajar dgn tn guru ismail bin sulaiman adik tuk guru hj deraman.

Latarbelakang Pengajian Gurunya

Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Sulaiman pada awalnya menuntut di Pondok Buk, Ketereh. Kemudian menyambung pengajian ke Pondok Tok Guru Haji Jalil dan Haji Jalal di paloh rawa, machang. seterusnya beliau meneruskan lagi pengajian di pondok kemuning di bawah Tok Guru Haji Wan Yusof. kemudiannya beliau telah pindah dan ke pondok di bukit tiu dan belajar di bawah bimbingan tok guru haji bakar. seterusnya beliau menyambung lagi pengajian ke pondok bukit mertajam pulau pinang kelolaan tuan guru haji othman.

akhirnya beliau telah melanjutkan pengajian di mekah selama tujuh tahun sehinggalah beliau berumur kira-kira 35 tahun. secara keseluruhannya beliau telah menghabiskan masa selama 21 untuk menuntut ilmu iaitu selama 14 tahun di tanah air dan 7 tahun di makkah al mukarramah.

antara guru-guru beliau adalah sheikh haji daud (mertuanya), sheikh man’am al fatani, sheikh abdul kadir mandailing (mendiling) dan lain-lain. bidang pengajian beliau meliputi usul al din, fiqh dan usul, tasawwuf, falak dan hisab, faraid, mantiq, semua hadis sahih bukhari, muslim dan sunan sittah, tafsir, nahu, saraf, balaghah dan sirah. beliau amat terkenal sebagai ulama fiqh dan usul fiqh. beliau juga adalah seorang yang berkebolehan dalam menyampaikan syarahan yang amat berkesan.

pondok-pondok yang diasaskan beliau adalah:

1. pondok banggul guchil, kuala krai (kurang maju dan ditutup)

2. pondok batu lada, kuala krai (iaitu tanah kelahirannya, juga kurang maju dan ditutup)

3. pondok sungai durian, kuala krai (dianggap amat berjaya dan menduduki tangga kedua pada zaman kegemilangannya selepas pondok pasir tumbuh)

pondok sungai durian terkenal dalam bidang fiqf dan usul fiqh manakala pondok pasir tumbuh pula dalam bidang tasawwuf dan usul al din. pondok sungai durian dikendalikan oleh anak beliau iaitu dr hj abdul basit selepas berpulangnya Tuan Guru Haji Abdul Rahman ke rahmatullah pada awal 90an yang lalu. pondok sungai durian pernah menampung sehingga 600 orang pelajar. antara tenaga pengajar penting adalah haji ismail (adik tuan guru), haji nawawi (anak saudara tuan guru) dan ustaz idris (anak saudara tuan guru).

kini pondok ini ditadbirkan dan dikendalikan oleh hj shukri bin abdul rahman dan haji ismail. pondok ini mengalami perubahan dengan kemasukan sistem moden di mana sukatan PMR dan SPM diajarkan bersama dengan aliran lama pondok tradisi.

tuan guru haji abdul rahman pernah menulis berberapa karya. antaranya adalah tentang haji. walau bagaimanapun maklumat lain karya beliau tidak sampai kepada penulis.

bidang pengajian aku

di antara bidang yang telah dipelajari adalah:

1. usul al din. kitab yang digunakan adalah faridatul faraid, al durr al tsamin




2. fiqh dan usul al fiqh. kitab yang digunakan adalah matlaul badrain, munyatul musolli .

3. tasawwuf. kitab yang digunakan adalah penawar hati,  hidayat al salikin, sairu al salikin.

4. nahu dan saraf. kitab yang digunakan adalah matan al ajrumiyah, matan al mutammimah .

5. faraid. tiada kitab dimaklumkan kepada penulis.

6. tafsir. kitab yang digunakan adalah tafsir al jalalain.







7. semasa di tumpat juga beliau banyak menuntut ilmu daripada tuan guru haji mat fatani dalam bidang tareqat ,hakikat dan tasawwuf.

ibuku siti rohani bt daud

nama beliau adalah siti rohani binti daud bin awang kecik binti awang samah bin musa bin raja sulaiman. ibunya adalah wan mariam binti wan omar.

datukku (tok brahim)

beliau dilahirkan di kg. Kesang tua melaka . beliau pernah belajar agama daripada tok guru pondok kemuning hj ahmad yg bergelar tok kemuning , tok guru haji abdullah tahir pondok bunut payung kota baru. untuk menyara keluarga, beliau bekerja sebagai  penoreh getah dan petani.

nenekku (mak timah)

beliau lahir juga di kg. Belukar pulai chondong machang kelantan . beliau pernah belajar di sekolah dan boleh membaca jawi dan rumi. beliau adalah suri rumah dan penoreh getah dan petani sepenuh masa.

Friday 26 January 2018

empu keris badik


ilmu zikir 6 lapis

zikir 6 lapis
1 bismillah hirrahman nirrahim ; 500x
2 waiza batostum batostum jabbarin : 500x
3 ya qowiy ya mattin ; 500x
4 allah hummasolli ala muhammad ; 500x
5 ya batin ; 500x
6 ya ghoniy ; 500x

amal selama 7 hari berturut-turut.

silat harimau


Monday 8 January 2018

2018 awal tahun

Awal tahun 2018 sibuk yg amat sangat urus bayaran yuran anak ....sibuk urusan kerja...urusan ubat orang sakit dan macam-macam lagi lalui aja rutin ini setiap tahun